Thursday, August 12, 2010

HEMPEDU BUMI YANG TELAH DI SERBUKKAN DALAM KAPSUL


Anda boleh dapatkan serbuk Qasbul Zarriah atau Hempedu Bumi ini dalam bentuk kapsul. Bagi 30 kapsul dengan harga RM30 belanja pos laju RM5. E mail taua telipon saya di cyberstokist@yahoo.com tel 0194745766.

YOU NEVER KNOW.......

Qasabul Zarirah (Herba Istimewa):
SISTEM IMUNISASI BADAN: DIABETES DAN DARAH TINGGI.

Maha Kaya Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit itu kecuali ada ubatnya kerana setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Dan dengan limpah Kurnianya Dia telah menumbuhkan sejenis tumbuhan di merata dunia termasuk di Malaysia.

Jika anda mengidap penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, mengapa tidak di cuba perubatan herba yang telah lama terkenal di Cina, Africa, India, Afghanistan, Nepal, Iran, Uzbek, Mesir dan Eropah Timur ini. Perubatan Tradisional Malaysia juga telah mengakuinya. Kajian-kajian dan Univesiti Malaya, Universiti Sains dan MARDI juga telah mengakuinya. Walaupun nama herba ini berbeza di merata dunia namun khasiatnya adalah sama sahaja. Di Sweden dan negera Eropah Utara tumbuhan ini di gunakan sejak 10 tahun yang lalu bagi meningkatkan system immune badan dalam menghadapi pelbagai penyakit di musim sejuk. Dalam diam diam bahan tumbuhan ini menjadi bahan utama dalam formulasi ubatan keluaran Negara Barat, Cina dan India. Di USA, pati tumbuhan ini di jual dengan harga USD38 (RM90.00) bagi pak 30 kapsul. Tumbuhan ini telah di tanam secara komersial di Cina, USA, Eropah Timur dan India.
 
 
 
Nama saintifiknya ialah Andrographis Paniculata Nees. Orang Thai, menyebutnya dengan nama Fa-Talai-Jorn, Orang Tamil, Nilavembu, Orang India dalam bahasa  Sanskrit, Kirata, Bhunimba,Bangali Kalmegha Orang Malayalam Kirivattu, Orang Telagu Neelaveemu, Orang Farsi naine-havandi, Orang China mandarin dengan tiga nama, chuan xin lian, Yi jian xi and Lan he lian, Orang Indonesia,  sambiloto, Orang Arab Qasabul zarirah, Orang Inggeris, The Creat, Green chireyta, orang Tagalog Likha, Aluy, dan Orang Melayu, Hempedu Bumi

Saya adalah antara manusia yang bertuah di dunia ini kerana dapat membesar bersama kedua nenek di kampung. Semasa remaja nenek kerap mengajak saya menolongnya di kebun dan di situlah saya melihat kedua mereka selalu mengutip sejenis herba untuk di makan. Mereka ridak makan secara mentah tetapi menjemurnya sehingga kering dan menumbuknya halus dan ketika memakannya mereka memasukkan serbuk herba ini dalam buah pisang lalu menelanya. Melihat perbuatan mereka saya yang masih kanak itu mentertawakanya. Kerana nakal, saya membasahkan jari kemulut dan meletakkan keatas serbuk tersebut lalu menjilatnya. Saya melihat mata nenek saya terbeliak melihat perbuatan saya. Akibat nperbuatan saya itu saya tanggung sendiri........hampir 24 jam lamanya lidah saya tidak dapat mengecap apa apa makanan kerana terlalu pahitnya herba itu...

Itu kali pertama dan terakhir saya memakan mentah herba itu.......Anihnya sejak itu saya pun tidak pula ambil pusing mengenai pokok itu. Hal ini berlaku telah lama sehinggalah saya sendiri telah dewasa dan kedua dua nenek saya itu telah lama meninggal dunia. Ketika berpeleuang melawat ke beberapa negeri di Timur Tengah dan di India, saya terjumpa bahan herba ini di jual di tepi jalan dan pasar awam. Beberapa sahabat saya pernah memesan membeli herba ini ketika saya berada di luar negeri kerana mereka mengatakan ianya sangat mujarab untuk meningkatkan daya ketahanan badan.

Selepas peristiwa itu, apabila dapat peluang saja saya terus balik ke kampung di mana terletaknya kebun nenek saya. Saya mencari pokok herba ini dan nasib menyebelahi saya, waktu tu musim hujan, jadi dari celah celah rumput yang panjang, masih terdapat juga sepokok dua herba kedua nenek saya ini. Sekarang benih herba ini saya perbanyakkan dan mudah di dapati di sekeling rumah saya. Jika anda mahu saya boleh masukkan dalam polybag untuk anda dengan harga RM15. Tetapi jika anda tinggal luar dari Kedah, saya tak pasti apakah Pos laju boleh menghantarkannya.





Seorang Pakar perubatan terkenal telah menulis:
Wabak sejenis flu yang melanda dunia dalam tahun 1918 adalah lebih dahsyat dari peristiwa Black Death  sekitar abad 14 – wabak ini ini telah memusnahkan lebih 50 juta penduduk dunia. Tak ada Negara yang dapat melarikan diri dari wabak ini. Tapi Allah Maha Berkuasa, di India, herba Andrographis Paniculata ini telah menyekat dari terus merebaknya wabak virus tersebut.
Dan sekarang, penemuan terbaru telah mengesahkan berbagai-bagai khasiat perubatan dari herba ini antaranya:
  • Penyakit yang berkaitan dengan cardiovascular
  • System immune badan yang lemah.
  • kerosakan liver
  • jangkitan liver
  • malaria (di anggap lebih baik dari quinine untuk malaria)
  • jangkitan cacing
KHASIAT QASABUL ZARIRAH  (Andrographis Paniculata Nee):
1.                   anti inflammatory,  sendi dan saraf.
2.                  anti-bacterial
3.                  anti viral-effect
4.                  boosting body immune system, membersihkan darah bertoksid, jangkitan kerongkong.
5.                  perlindungan dari kanser. Pati tumbuhan ini adalah cytotoxic (cell-killing) melawan cell kenser (Positive results have been seen in relation to stomach, skin, prostate and breast cancer cells in test-tube studies). Dalam kajian di New York, ianya menghalang pertumbuhan kenser payu dara sama seperti penggunaan drug tamoxifen.
6.                  Menghalang bood clot.. (The herb preventing the formation of blood clots and preventing the re-clogging of arteries after angioplasty - a technique used to treat blocked arteries by inserting a balloon into the blood vessels which is then inflated to widen the artery. Further research shows that the herb activates fibrinolysis, a natural process in the body in which blood clots are dissolved. It also relaxes the smooth muscle in the walls of blood vessels and has a blood pressure-lowering effect. Performs as well as many conventional drugs but without the harmful side-effects)
7.                  melancarkan system penghadaman makanan Bahan aktif (andrographolides) bertindak sebagai antioksiden kuat yang mengawal hati dan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengelak buasir dan coloon kenser.
8.                  membaikpulih system pernafasan, sakit tekak, hidung beringus.
9.                  menyembuhkan demam selsema dan malaria dan dysentery.
10.               menurunkan kepanasan badan
11.               menyembuhkan gigitan serengga.
12.               melindungi liver disorder. Kajian makmal dan klinikal telah menunjukan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati (toksin), fungsi hati yang lemah dan hepatitis. Kesan manfaatnya terhadap kedua-dua hati dan sistem penghadaman HB juga memecahkan lemak dan kolesterol dalam sistem peredaran darah (jauh lebih berkesan dari minyak ikan).
13.               memperbaiki fungsi gall bladder
14.               kencing manis (Diabetes)
15.               tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
16.               Kesan positif juga di dapati dalam pengubatan penyakit HIV dan AIDS. (The herb's anti-viral activity has been demonstrated in HIV and AIDS. Andrographis prevents the virus from infecting healthy T-cells and inhibits the spread of infection, while other studies show that the herb is able to fight HIV in cells even after they have been infected,this action is the same as AZT, a commonly used AIDS drug with a number of debilitating side-effects, including a low blood count).
17.               Serbuk tumbuhan ini juga telah menunjukkan kesan positif kapada jangkitan diarrhoea yang di kaitkan dengan bektria E.coli
18.               Tiada kesan sampingan nagatif di temui setakat ini.

 


COBA SENDIRI.

Sekarang ini dengan kemajuan sains dan teknologi anda boleh memiliki herba ini dalam bentuk kapsul yang mudah di makan. Setakat belum di dapati ada orang sanggup memakan herba ini dalam bentuk mentah. Kalau anda berani anda buka kapsul herba ini dan bancuhlah dengan air lalu terus meminumnya.
Tel 019 4745766  untuk dapatkan bekalan.
RM30.00 untuk pek 30 kapsul (gel sayuran). Ia nya selamat dan boleh di gunakan bersama sama dengan pemakanan/ubatan lain.
      
       Cara Menggunakannya:
       Pasakit kencing manis dan darah  tinggi atau sebagainya, 1 kapsul 3 kali sehari,
       pagi, tengahari dan malam. Gandakan dose jika penyakit kronik berat.
       Orang biasa untuk meningkatkan system daya tahan badan, membersih
       dan   melancarkan
       perjalanan darah, 1 kapsul sehari sebelah pagi.
       Pemakanan herba ini tidak membahayakan jika termakan lebih dose.
 

Wednesday, August 11, 2010

OBAT PENYAKIT GAOUT

Anda tak perlu berhabis wang banyak...
Anda hanya beli seperdu daun sadri, sebiji epal hijau dan seinci kunyit, blindkan sampai hancur, jangan tapis terus minum pagi2 sebelum minum pagi (kalau perlu bubuh gula sikit).
Amalkan demikian selama sebulan......anda akan terasa perubahannya.

Of course sebelum minum bacalah bismillah dan surah alFatihah 3 x, selawat atas nab 3 xi, pohonlah daripada Allah Asshafii.....


MENGOBATI SAKIT PINGGANG DAN URAT SARAF

Kadang kadang kita merasa seluruh badan kita sakit sakit, lengoh lengoh, sakit urat dan sebagainya. Sakit leher, sakit bahu, sakit pinggang dan rasa kebas kebas tangan kaki.

Kira kira 5 tahun dahulu saya pernah mengalami penyakit ini. Saya telah coba berbagai obat samada dari klinik dan farmasi serta juga dari kedai herba, namun ianya sembuh sekejab dan datang lagi.......Bila pergi kepada dukun dia kata kena buatan orang.

Entah macamana, mungkin saya selalu berdoa kapada Allah minta di sembuhkan penyakit ini, saya di ketemukan secara kebetulan dengan seorang tua di Pulau Langkawi, di kampung Ulu Melaka, kira kira 2 tahun lalu (beliau tak ingat tarikh kelahirannya, tapi dia kata masa Jepun dia dah kahwin). Dia memberikan saya 2 ketul kecil sejenis ubi kunyit supaya saya memakannya. Saya kisar ubi itu halus halus dan memakannya dengan air suam. Saya terkejut apabila 2 jam kemudian penyakit saya hilang dan selepas itu saya menunggu beberapa minggu kalau kalau penyakit itu datang lagi kerana ada lagi seketul ubi yang masih saya belum gunakan. Sudah setahun berlalu namun penyakit itu tidak datang. Saya ambil keputusan menanam ubi tersebut dan menjaganya baik baik. Sekarang pokok ubi itu telah membiak dan saya mula memperoseskannya menjadi sebuk untok perubatan sakit urat.

Saya cuba beberapa kali pergi lagi ka Langkawi dalam usaha mencari orang tua itu tetapi gagal menemuinya. Ada beberapa orang tua yang saya temui bertanyakan kabar, selepas menggambarkan rupa paras orang tua itu kepada mereka hanya tersenyum kepada saya dan mereka berkata: "orang tua tu macam Ayah Tok Syed, seorang pengembara, ulama-dukun terkenal dalam tahun 30an dulu, tapi dia dah lama meninggal dunia di Malabar, India......orang kata pokok tu namanya kunyit bayan....hang bertuah dapat jumpa dia, hadiahlah Fatihah kepadanya dan tanam baik baik pokok tu...."

Sekarang serbuk kunyit bayan telah saya keluarkan (sikit sikt saja) dalam bentuk kapsul dan anda boleh mendapatkannya dengan harga RM20.00 bagi 10 biji. Kos poslaju/express RM5.00 E mail saya khazihjhussain@yahoo.com kalau berminat.Tel 0194745766.

MENGOBATI PENYAKIT KARANG

Semasa hayat ayah saya dahulu pernah dia menghantar secebis kertas berisi tulisan Ayat Al Quraan kapada adiknya yang sedang di rawat kerana penyakit karang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Filem X Ray menunjukkan ujudnya batu karang dalam pundi pundi kencing dan dokter memutuskan akan melakukan pembedahan bagi membuag batu berkenaan. Ayah saya meminta adiknya itu membacanya pada malam itu juga.

Ayatpendek itu adalah sebahagian ayat 40, Surah Al Baqarah berbunyi : "Fa qulnad rib bi 'asakal hajar, fan fajarat minhus nata 'asharata 'ainan....."
di baca berulang kali sebanyak 40 kali, di selangi ratib Ya Shafi, Ya Rahman , Ya Rahim.

Ayah saudara saya itu mengamalkannya seperti yang di minta oleh abangnya. Esoknya sekali lagi ayah saudara saya di Xray. Alangkah terkejutnya para medic kerana batu karang dalam pundi kencing nya telah hilang .....

HIDUP PENUH PENCEROBA.

Semasa manusia diciptakan Tuhan, Tuhan manyatakan bahawa,[maksud ayat Quraan]: manusia itu hidupnya akan kami duga dengan harta - kami beri kekayaan, kami beri kemiskinan, dengan anak/zuriat - kami berikan keturuan atau kami mandulkan, dengan kuasa - kami beri kuasa, kemegahan dan pangkat atau sebaliknya.
Di tempat lain Tuhan berkata; Kami lah yang memberikan kuasa, kamilah yang memberikan kemulian dan kamilah juga yang memberi kehinaan dan menarik balik pemberian semuanya itu bila bila masa kepada sesiapa saja yang kami mau.

Itu lah suratan Tuhan telah nyatakan, amatlah benar sekali kata Tuhan itu kerana itu yang terjadi hari hari di dunia ini keatas manusia. Mana ada manusia yang pernah boleh mngelakkan itu semua. Mengembaralah keserata pelusuk alam, apabila berjumpa manusia, tanyailah dia, pernahkan tiada satu pun perkara di atas itu tidak pernah di rasainya? Ya, semua pernah merasanya, kecil atau besar, di Amerika atau di Plastin, di laut atau di darat. Itulah jadinya liku liku kehidupan kita manusia semua.Jadi mengapa kita rasa kecewa jika mana mana satu di atas itu terjadi kepada kita?
Mau lari dari pencerobaan ini? Tidak mungkin kerana itu adalh suratan ilahi. Ianya adalah salah satu sunnatulallah yang tidak dapat di tolak lagi. Itu adalah janji Tuhan ketika menjadikan manusia.

Habis apa harus kita buat? Mari cari jawapannya dari kata kata Tuhan jua.

Yes, Tuhan kata dalam beberapa ayat lain dalam Quraan, maksudnya: Mengadulah kepada ku, pohonlah pertolongan dariku,ingatlah kepada ku selalu, syukukurlah pada ku, jangan nafikan nikmat lain yang engkau kecapi, jangan putus esa dari rahmatku...aku akan berikan petunjuk dan hidayatku, jika engjau tidak meluoakan ku, aku tidak melupakan mu, jika engkau momohon pertolonganku, tiada ada yang boleh menghalang pertolongan ku kepadmu, jika kamu bersyukur kepada ku, aku tambahkan lagi nikmatmu.....Tapi aku bagi warning kepada mu........., jika kalu lupakan aku, tidak menghargai nikmat yang telah aku berikan,pembalasan ku terhadap mu amat pedih dan menyiksakan!.

Ya. Itulah promise Tuhan manusia kepada manusia, satu promise yang pasti berlaku dan tidak dimungkiri. Yakin lah Tuhan mu amat hampir denganmu, sehampir urat rengkongmu, Ia melihatmu dalam terang dan gelap, dimana saja kamu berada walau dalm bilik kebal sekali pun. Kamu boleh lihat sendiri dari sejarah bangsa manusia, betapa banyak yang aku hancurkan mereka kerana kedegilan dan keengkohan mereka sendiri. Mereka bongkak dan sombong, mereka kira Aku tidak melihat perbuatan mereka, mereka lupa bahawa aku tetap mengetahui walaupun adanya sehelai daun gugur di mana mana di cakarwala ini!.

DI MANA PENAWAR SEGALA PENYAKIT DAN KEKECEWAAN ?

Ya, di mana nak cari cari penawar segala penyakit dan kekecewaan? Penawar segala penyakit, penawar segala kekecewaan kecuali penyakit tua dan mati. Apa ada kah penawar itu? Jika ada mengapa masih ada orang yang masih lagi belum betah sakitnya?. Atau masih banyak orang masih melangus dalam kekecewaan?
Wau...banyaknya saolan. Tentu banyak jawanpan kan?. Di mana nak cari jawapan tu?

Penawar dan jawapan tu ada sejak dari zaman Adam lagi, tapi yang termaktub ada sejak 1400 tahun dahulu dan ianya boleh di lihat, di baca serta dikaji oleh sesiapa saja. Free dan tak perlu apa apa yuran pengajian seperti yang di kenakan oleh university atau mana mana pakar konsultant atau profesor cari makan.
Habis kalau gitu mengapa ada yang masih sakit atau masih bungkam kecewa? Ini adalah bukan soal penwar itu ada atau tiada, soalnya adakah ianya dijumpai atau tidak. Macam adanya sebuah bandar di dunia ini bernama Ulan Bator.Semua orang percaya ujudnya bandar itu, tetapi berapa orang yang dapat melihat dgn mata kepalanya? Saya percaya adanya bandar itu tapi saya tidak pernah melihatnya. Ha ..ha...Itu dia, berapa ramai yang membaca kitab tadi, berapa pula yang menjumpai penawar itu? Ada orang tak baca langsong, sudah tentulah tak akan jumpa. Ada orang baca tapi tak jumpa. Dan yang teruknya, ada pula yang jumpa tapi tak percaya!.Macam 200 tahun dahulu, seorang manusia bernama Thomas Edison, ia adalah satu dalam berjuta juta manusia yang melihat kilat di dunia, hanya dia yang jumpa dan percaya. Ia telah menjumapi salah satu penawar dan penyelesai masaelah keperluan hidup di dunia yang kita semua menikmatinya hingga hari ini. Sementara yang lain jumpa tapi tak lihat? Eh biar betul, ada kah yang jumpa tapi tak lihat?

Ya , itu lah yang banyaknya manusia hari ini sejak dari dulu hingga sekarang. Banyak yang jumpa tetapi tak melihatnya........Dalam Quraan senang saja, di sebut sebagai ada mata tapi tak dapat melihat, ada telinga tapi tak mendengar, macam binatang tetapi lebih buta dan pekak dari binatang! Aduh....dahsat sekali perumpamaan yang Tuhan berikan untuk manusia, katanya bukan macam binatang, tapi lebih teruk dari binatang kerana binatang masih ada mata yang boleh melihat dan telinga yang boleh mendengar.

Habis tu macamana manusia yang menjumpainya penawar itu, dia tak bagitau ke kapada orang lain? Ada lagikah manusia yang mesih menjumpai penawar itu sampai hari ini? Don't worry....banyak manusia yang menjumpainya, dari dulu hingga sekarang, setiap hari, setiap masa, setiap bangsa dan setiap peringkat umur dan jantina!....Mengapa mereka tak beritau orang lain? Siapa kata mereka tak beritau. Setiap hari mereka beritau, malah sampai berbueh bueh mulut mereka beritau...tapi jika anda tergulung dari yang macam Tuhan umpamakan tadi, binatang yang buta dan pekak, macamanalah anda nak tahu kan? Mengapa tidak kita analisakan diri sendiri dulu, apakah aku ini dari jenis binatang buta dan pekak atau binatang yang tak buta dan tuli tapi dicucuk hidung? atau aku dari gulungan manusia?