Wednesday, August 11, 2010

OBAT PENYAKIT GAOUT

Anda tak perlu berhabis wang banyak...
Anda hanya beli seperdu daun sadri, sebiji epal hijau dan seinci kunyit, blindkan sampai hancur, jangan tapis terus minum pagi2 sebelum minum pagi (kalau perlu bubuh gula sikit).
Amalkan demikian selama sebulan......anda akan terasa perubahannya.

Of course sebelum minum bacalah bismillah dan surah alFatihah 3 x, selawat atas nab 3 xi, pohonlah daripada Allah Asshafii.....


MENGOBATI SAKIT PINGGANG DAN URAT SARAF

Kadang kadang kita merasa seluruh badan kita sakit sakit, lengoh lengoh, sakit urat dan sebagainya. Sakit leher, sakit bahu, sakit pinggang dan rasa kebas kebas tangan kaki.

Kira kira 5 tahun dahulu saya pernah mengalami penyakit ini. Saya telah coba berbagai obat samada dari klinik dan farmasi serta juga dari kedai herba, namun ianya sembuh sekejab dan datang lagi.......Bila pergi kepada dukun dia kata kena buatan orang.

Entah macamana, mungkin saya selalu berdoa kapada Allah minta di sembuhkan penyakit ini, saya di ketemukan secara kebetulan dengan seorang tua di Pulau Langkawi, di kampung Ulu Melaka, kira kira 2 tahun lalu (beliau tak ingat tarikh kelahirannya, tapi dia kata masa Jepun dia dah kahwin). Dia memberikan saya 2 ketul kecil sejenis ubi kunyit supaya saya memakannya. Saya kisar ubi itu halus halus dan memakannya dengan air suam. Saya terkejut apabila 2 jam kemudian penyakit saya hilang dan selepas itu saya menunggu beberapa minggu kalau kalau penyakit itu datang lagi kerana ada lagi seketul ubi yang masih saya belum gunakan. Sudah setahun berlalu namun penyakit itu tidak datang. Saya ambil keputusan menanam ubi tersebut dan menjaganya baik baik. Sekarang pokok ubi itu telah membiak dan saya mula memperoseskannya menjadi sebuk untok perubatan sakit urat.

Saya cuba beberapa kali pergi lagi ka Langkawi dalam usaha mencari orang tua itu tetapi gagal menemuinya. Ada beberapa orang tua yang saya temui bertanyakan kabar, selepas menggambarkan rupa paras orang tua itu kepada mereka hanya tersenyum kepada saya dan mereka berkata: "orang tua tu macam Ayah Tok Syed, seorang pengembara, ulama-dukun terkenal dalam tahun 30an dulu, tapi dia dah lama meninggal dunia di Malabar, India......orang kata pokok tu namanya kunyit bayan....hang bertuah dapat jumpa dia, hadiahlah Fatihah kepadanya dan tanam baik baik pokok tu...."

Sekarang serbuk kunyit bayan telah saya keluarkan (sikit sikt saja) dalam bentuk kapsul dan anda boleh mendapatkannya dengan harga RM20.00 bagi 10 biji. Kos poslaju/express RM5.00 E mail saya khazihjhussain@yahoo.com kalau berminat.Tel 0194745766.

MENGOBATI PENYAKIT KARANG

Semasa hayat ayah saya dahulu pernah dia menghantar secebis kertas berisi tulisan Ayat Al Quraan kapada adiknya yang sedang di rawat kerana penyakit karang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Filem X Ray menunjukkan ujudnya batu karang dalam pundi pundi kencing dan dokter memutuskan akan melakukan pembedahan bagi membuag batu berkenaan. Ayah saya meminta adiknya itu membacanya pada malam itu juga.

Ayatpendek itu adalah sebahagian ayat 40, Surah Al Baqarah berbunyi : "Fa qulnad rib bi 'asakal hajar, fan fajarat minhus nata 'asharata 'ainan....."
di baca berulang kali sebanyak 40 kali, di selangi ratib Ya Shafi, Ya Rahman , Ya Rahim.

Ayah saudara saya itu mengamalkannya seperti yang di minta oleh abangnya. Esoknya sekali lagi ayah saudara saya di Xray. Alangkah terkejutnya para medic kerana batu karang dalam pundi kencing nya telah hilang .....

No comments:

Post a Comment